7.6.10

hati..sekali lagi berbicara..

dulu,penah sekali ak menulis tentang hati..ingin pergi jauh..ingin ke satu tempat pada suatu tarikh,tp kaki tidak melangkah,cume hati yg berbicara..

mlm ni..ak ingin menulis lagi tentang hati..hati sering berbisik,tp aku xpenah mendengar..hati sering merintih,tapi aku tetap melangkah..kejam kah aku pada hati..xsayangkah aku pada hati..mengapa aku sering sakiti hati sedangkan aku tau hati sering luka berdarah..hati sering menangis hiba..

aku kasihan pada hati..sedang hati cube pulih,ia diguris lagi..sedang hati cube kembali normal,ia diduga lagi..namun hati tetap kuat..melangkah dan terus melangkah..berjuang untuk sentiasa bersedia dengan apa jua rintangan..

kadang2,aku tau,hati cube untuk menafikan segalanya..kadang2 hati benci pada perasaan yg sering menjadi teman baeknya..hati benci kerana perasaan sering membuatnya terluka..tapi..bagaimana ia mau lari dari perasaan,walhal,ia dan perasaan sahabat dunia akhirat..

hati..aku tau kau sedang bersedih..tabahlah..aku tau kau sering mengeluh..mengapa ini terjadi pada kau..mengapa kau sering diuji begini..sedangkan yg laen xpenah kesah psl kau hati..tenang lah hati..kau harus pasrah..dugaan ini xsehebat dugaan yg diterima Mariam ibunda Nabi Isa kerana dituduh berzina,dugaan ini xsehebat dugaan yg diterima Sumayyah ketika disiksa kerana memeluk Islam..

hati..sabarlah engkau..sesungguhnya..kebahagiaan pasti akan tiba..

No comments:

Post a Comment